Pergi ke kandungan

Gempa bumi Utara Itali 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Utara Itali 2012
Tarikh20 Mei 2012 (2012-05-20) 04:03 CEST
Magnitud6.1 Mw[1]
Kedalaman9.0 km (5.6 bt)[2]
Koordinat44°48′00″N 11°11′31″E / 44.800°N 11.192°E / 44.800; 11.192Koordinat: 44°48′00″N 11°11′31″E / 44.800°N 11.192°E / 44.800; 11.192
Finale Emilia,
Modena
Kawasan terjejasEmilia-Romagna,
Itali
Keamatan maksimumMM VII-VII
(Amat Kuat- Memusnah)[3][4]
Gegaran susulan5.8 Mw, 5.3 Mw, 5.2 Mw, 5.1 Mw, 4.7 Mw, 4.6 Mw
Korban24 maut (7 pada 20 Mei dan 17 pada 29 Mei), sekurangnya 50 cedera kali pertama dan 350 kali kedua, keseluruhan sehingga 15,000 kehilangan tempat tinggal[5][6]

Pada Mei 2012, dua gempa bumi besar berlaku di Utara Itali, menyebabkan 24 kematian dan kemusnahan meluas.

Gempa bumi pertama, bermagnitud 6.1, melanda kawasan Emilia-Romagna, kira-kira 36 kilometer (22 batu) utara bandar Bologna, pada 20 Mei 2012 jam 04:03 waktu tempatan (02:03 UTC).[7] Pusat gempa terletak di antara Finale Emilia dan San Felice sul Panaro.[8] Dua gegar penghujung bermagnitud 5.2 terjadi, sekitar satu jam selepas gempa utama[9] dan satu lagi kira-kira 11 jam selepas gempa utama.[10] Tujuh orang terbunuh.

Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda kawasan yang sama sembilan hari kemudian, pada 29 Mei,[11] menyebabkan 17 orang lagi maut dan kerosakan meluas, teruatamanya kepada bangunan yang telah dilemahkan oleh gempa 20 Mei.[12] Pusat gempa kali ini di Medolla pada kedalaman lebih kurang 10 km (6 bt).[13]

Gereja rosak di Mirabello, Ferrara

Gempa bumi 20 Mei

[sunting | sunting sumber]
Peta goncangan USGS gempa 20 Mei

Jujukan gempa bumi bermula dengan kejutan depan bermagnitud 4.0 pada 01:13 waktu tempatan (23:13 UTC 19 Mei). Dalam masa sembilan hari berikutnya, terdapat enam kejutan lanjur yang melebihi magnitud 5, 28 dengan magnitud 4–5 dan 139 dengan magnitud 3–4.[14] Gempa utama dapat dirasai di Switzerland.[15]

Mekanisme fokus menunjukkan yang gempa bumi ini terjadi akibat sesar tujah,[2] dengan arah mampatan utara-selatan, pada satah sesar aliran barat-timur. Jenis gelinciran ini sepadan dengan latar tektonik kawasan.[16]

Gempa bumi 29 Mei

[sunting | sunting sumber]
Peta goncangan USGS gempa 29 Mei

Pada 29 Mei (sekitar 09:00 CEST, 07.00 UTC), satu gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda kawasan yang sama. Hipopusat dianggarkan terletak 5–10 kilometer (3–6 batu) di bawah Mirandola.[17] Satu siri kejutan lanjur kuat dengan magnitud melebihi 5 terjadi antara 12:55 dan 13:02 waktu tempatan.[18][19] Kejutan 09:00 dan 13:00 dirasai di seluruh Utara Itali, sehingga wilayah Aosta.[20] Gempa 09:00 juga dapat dirasai di Austria dan Switzerland.[15] Dua gegar penghujung pada 12:55 dan 13:02 juga dapat dirasai di Austria.[19]

Gempa bumi ini memiliki mekanisme yang sama dengan kejutan 20 Mei.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b European Mediterranean Seismological Centre. "M 6.1 and M 5.8 Northern Italy on May 20th and May 29th 2012". Dicapai pada 29 Mei 2012.
  2. ^ a b "M 6.0, 5.8, and 5.4 Northern Italy Earthquakes of May 2012" (PDF). USGS. 2012-05-29. Dicapai pada 2012-05-29.
  3. ^ "PAGER — M 6.0 - NORTHERN ITALY". Earthquake.usgs.gov. 2011-09-19. Dicapai pada 2012-05-20.
  4. ^ "Italy quake: Aftershocks strike Emilia Romagna". BBC News. 30 Mei 2012. Dicapai pada 30 Mei 2012.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama reuters1
  6. ^ "Un seísmo de 5,9 grados sacude Italia y deja al menos tres muertos". El País. 2012-02-27. Dicapai pada 2012-05-20.
  7. ^ "Three killed in northern Italy earthquake". BBC. 20 Mei 2012. Dicapai pada 2012-05-20.
  8. ^ "Italy quake homeless in emergency shelters". BBC News. 2012-05-21. Dicapai pada 2012-05-21.
  9. ^ "Magnitude 5.2 - NORTHERN ITALY". Earthquake.usgs.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2012-05-20.
  10. ^ "Magnitude 5.1 - NORTHERN ITALY". Earthquake.usgs.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2012-05-20.
  11. ^ USGS. "Magnitude 5.8 - NORTHERN ITALY". Dicapai pada 29 Mei 2012.
  12. ^ BBC (29 Mei 2012). "New earthquake shakes northern Italy - 'nine dead'". Dicapai pada 29 Mei 2012.
  13. ^ Redazione Online (2009-12-24). "Terremoto : 16 morti, e 350 feriti Monti: «Lo Stato farà tutto il possibile". Corriere.it. Dicapai pada 2012-05-31.
  14. ^ European Mediterranean Seismological Centre (23 Mei 2012). "M 6.1 Northern Italy on May 20th 2012 at 02:03 UTC". Dicapai pada 24 Mei 2012.
  15. ^ a b "Schweizerischer Erdbebendienst (SED)". Seismo.ethz.ch. Dicapai pada 2012-05-31.
  16. ^ Istituto Nazionale di Geofisica e Vulcanologia. "Terremoto M5.9 Modena" (PDF) (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-07-03. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  17. ^ "Terremoto, scossa di 5,7 a Nord, Sisma avvertito anche a Milano" (dalam bahasa Itali).
  18. ^ "Tremblement de terre: L'Emilie-Romagne panse ses plaies - Monde". 24heures.ch. Dicapai pada 2012-05-31.
  19. ^ a b "Aktuelle Informationen". ZAMG. Dicapai pada 2012-05-31.
  20. ^ "Terremoto: 10 vittime. Scossa di 5.8 in Emilia e nel Nord. Nuova fortissima scossa alle 12:56, per almeno 30 secondi" (dalam bahasa Itali).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]